Pernahkah kita berfikir bahawa setiap pergerakan di seluruh alam ini digerakkan oleh Allah? Bagaimana pula? Ok, cuba kita bayangkan. Kita berada ditengah-tengah kesibukan bandaraya kota. Kita duduk di satu bustop. Kita melihat gerak-geri manusia. Ada seorang pemuda, baru sahaja keluar daripada sebuah bangunan. Timbulkan satu persoalan. Bagaimana pemuda itu bergerak? Dia menggerakkan kakinya untuk berjalan menuruni tangga. Kemudian dia membelok ke kiri dan terus melintas jalan. Dia berjalan sejauh 50m dan kemudian mendapatkan keretanya. Dia masuk ke dalam kereta dan dia menghidupkan enjin.
Apakah cacat celanya cerita di atas? Jawapannya banyak cacat celanya. Ok, sekarang kita pandang ke langit. Kita nampak awan berarak dari suatu tempat ke suatu tempat. Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri. Bagaimana awan itu bergerak? Ok, kita akan jawab, awan itu bergerak disebabkan angin meniupnya. Bagaimana pula angin bergerak? Oh,angin bergerak disebabkan Allah menggerakkan angin.
Wah,sungguh cepat kita membuat kesimpulan. Mengapa kita tidak katakan, ohh..angin itu rasa tidak selesa, lalu dia menggerakkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi dan tinggi. Sampai di tempat paling tinggi, angin itu berpecahlah dan menghilang. Tapi itu salah kan? Jawapan yang tepat adalah, Allah menggerakkan angin itu dan Allah-lah yang menggerakkan awan itu. (more…)
Apabila ditanya. “Golongan apakah yang paling berilmu dan berpendidikan tinggi?” Ada yang menjawab Doktor, Jurutera, Akauntan,Peguam dan berbagai-bagai lagi golongan profesional yang ada di muka bumi ini. Namun kita terlupa golongan pendidik yang bernama ‘Guru’. Jika tiada guru, maka tiadalah Doktor, Jurutera, Akauntan, Peguam dan profesional yang lain. Maka wajiblah kita mengangkat taraf guru ini lebih tinggi dari mereka yang selesa berada dalam golongan profesional.

Guru merupakan insan kedua yang kita temui selepas ibu bapa kita. Sehinggakan guru digelar ibu bapa di sekolah. Mereka bukan sahaja mengajar, menyampaikan ilmu. Malah mendidik ‘anak-anak’ mereka dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Jika ibu bapa wajib kita taati dansanjungi, begitu juga guru yang berkorban membakar diri menyuluh kita dengan cahaya ilmu.
Jangan kita sangka kafir hanya ada pada orang kafir sahaja. Dan jangan pula kita sangka Islam hanya pada orang Islam sahaja. Islam itu adalah satu perjalanan. Bukan mudah untuk kita mendapatkan Islam dalam hidup kita. Apatah lagi Iman. Iman juga adalah perjalanan. Bukan semudah bapa atau ibu kita yang Islam, kita turut Islam. Islam itu perlu lengkap dengan pengamalan dan pemahaman yang syumul. Bahkan Allah SWT dengan tegasnya berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

“Lailaha illallah” seperti yang kita tahu bemaksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”. Namun ia ada maksud yang tersirat disebalik kalimah syahadah yang menjadi tunjang usul kepada agama Islam. Dikaji dari sudut bahasa, sudah tentu banyak penemuan dan ilmu yang akan diperolehi. Lailaha illallah merupakan kalimah penafian ke atas sesuatu yang layak kita perTuhankan. Kalimah ini juga terdiri dari 12 huruf arab yang significant dengan 12 jam malam manakala Muhammad Rasulullah juga terdiri dari 12 huruf yang significant dengan 12 jam siang. Siang dan malam yang diciptakan berpasang-pasangan. Kita dididik sebelum ini menzahirkan maksud Lailaha illallah sebagai Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Namun disebalik “Tiada Tuhan yang disembah itu..” membawa maksud yang lebih luas.

Entry kali ini adalah entry pertama yang mengisahkan lawatan aku di serata tempat di Malaysia mahupun luar negara. Banyak lagi tempat sebelum ini yang penulis lawati, oleh kerana tiada alatan untuk dokumentasikan perjalanan, maka perjalanan tidak dapat lah direkodkan. InsyaAllah jika ada kelapangan, aku akan kongsikan tentang lawatan-lawatan sebelum ini.
Kali ini, aku ke belah utagha nun ha. Tempat yang mendapat jolokan Pulau Mutiara. Ada banyak sebenarnya tinggalan sejarah yang mungkin ramai tidak tahu. Kali ini aku berkesempatan untuk melawat ke Padang Kota, Taman Botani Penang Hills, War Museum dan Snake Temple. Bercerita banyak pun tak guna. Aku kongsikan la gambar-gambar menarik sepanjang lawatan ke Penang ini.
